Monday, August 24, 2009


TAHUN 2009 JOHAN PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KPD TAPAH.

Sunday, February 15, 2009

NAIB JOHAN PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KPD BAGI TAHUN 2008

Berdiri dari kanan Pengurus Pasukan SM Kamal, LKS Hairuddin, L/Kpl Aziz, Ketua Pasukan SM Rozali, duduk dari kanan L/Kpl Nazaruddin, Konst Ikram, Kpl Anuar dan L/Kpl Firdaus.

Tuesday, February 10, 2009

klik disini untuk semakan saman PDRM.

Friday, January 23, 2009

















Permandangan Station Keretapi yang menjadi kebanggaan penduduk Pekan Tapah Road. Platform Station Keretapi ini juga adalah yang terpanjang didunia.

Thursday, January 22, 2009

BALAI POLIS TAPAH ROAD


BALAI POLIS TAPAH ROAD YANG LAMA TELAH DIBINA PADA TAHUN 1914.



GAMBAR BALAI POLIS TAPAH ROAD SEKARANG.

Balai Polis Tapah Road telah dibina oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1914 yang mana pada masa itu dikenali sebagai Rumah Pasong dan dibina secara tradisional iaitu rumah papan yang terletak disebuah pekan kecil berdekatan dengan sebuah Perhentian Keretapi, dimana ketika itu perhentian ini dijadikan sebagai pusat pengangkutan utama keretapi antara negeri negeri lain diTanah Melayu dan daerah daerah Negeri Perak. Memandangkan pekan kecil ini terletak disebatang jalan yang menghubungi Perhentian Keretapi dan pusat Jajahan Inggeris di Tapah. justeru itu pekan ini dikenali sebagai Tapah Road oleh pihak Inggeris dan kekal sehingga kehari ini.
Pada tahun 1977 kerajaan Malaysia telah membina sebuah bangunan konkrit ditapak yang sama untuk dijadikan bangunan baru Balai Polis Tapah Road, bagi merealisasikan objektif PDRM disamping menjalankan tugas tugas hakikinya, juga berperanan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan pada masa yang sama juga sebagai penghubung diantara kerajaan dengan rakyat, terutama di kawasan kawasan luar bandar. Bangunan baru ini telah siap dibina pada tahun 1980 dan dirasmikan oleh Yang Di hormati Ketua Polis Perak , Dato Seri Yuen Yuet Leng pada 17 januari 1981.
Keluasan kawasan Balai baru ini ialah 2 rd 29 pole ( 2,756 kaki persegi ) dan terletak di lot no 63 Tapah Road. Mempunyai kawasan pentadbiran seluas 23 batu persegi bersempadankan : sebelah utara – Air Kuning, Selatan – Bidor, barat – Tapah dan sebelah timur – Langkap. Terdapat 19 buah Kampung, 2 buah Kampung Orang Asli, 5 buah Taman, 5 buah Sekolah, 7 buah Ladang, sebuah Kelinik, sebuah Pejabat Pos dan sebuah Perhentian Keretapi.Jumlah penduduk penduduk seramai 7,422 orang. Sejajar dengan persepsi dan ekseptasi masyarakat yang begitu tinggi terhadap institusi Kepolisian yang diwarisi sejak zaman melayu Melaka sehingga wujudnya sistem Kepolisian moden pada 25 mac 1807 oleh pihak Inggeris di Tanah Melayu. Justeru itu Balai Polis ini terus beroperasi, dipermodenkan dan berinteraksi dengan orang ramai bagi mencapai objektif PDRM didalam menguatkuasa undang undang, menjaga keamanan dan keselamatan Negara serta orang ramai.